![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlLihN6n__AaiY9IRF7Q_lOjBkJVcJzeucZ4YJsMb8IFnKov0_DN-JMm2HcFqq2TKmpCz7ELciBBR8N31IPUAaZp2XYuxisctjk09UXunSj6hdHwAnmq637gxHv-7q6IHReiiK-85mLW8/s640/SR-website.jpg)
Bulan Ramadhan tidak lama lagi , seterusnya pula kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di kala menanti hari lebaran , pelbagai persiapan dibuat agar suasana lebih meriah dan bermakna disamping sanak saudara. Namun , di kala itu juga , bagi mereka yang kurang bernasib baik lagi memerlukan ni seharusnya kita tidak lupakan. Sebaliknya menghulurkan bantuan yang termampu agar mereka juga merasai kegembiraan sepanjang Syawal seperti kita juga.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSZ7hW2ICv29UqusBc-8QCGIzHO7olZh9fRGhZhERRtSkIX1761UWbDtZT4kj1GDZ7Yt7-ANeFlhb6iou5OQv8xHb-f_c-kzmNoTn6MhnpBlnbs35DtUICmmcG8dyRfTRWZ0GbDp0ZFSc/s400/Kempen+Taja+Shopping+Raya+2015,+Persatuan+Kebajikan+Projek+Iqra'%2BSemalaysia.jpg)
Sempena Aidil Fitri yang bakal tiba , Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia [klik] telah melaksanakan Kempen Taja Shopping Raya 2015 [klik]. Kempen ini bertujuan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang dan membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf di bawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra' SeMalaysia. Shopping Raya 2015 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 5 tahun dan ianya adalah satu aktiviti wajib bagi Projek Iqra' untuk melaksanakannya.
APAKAH TUJUAN & OBJEKTIF SHOPPING RAYA 2015?
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal. Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.
Secara ringkasnya, Projek Iqra' berhasrat untuk:
- Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
- Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
- Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
- Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati di dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
- Memeriahkan sambutan Syawal anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.
SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM SHOPPING RAYA 2015?
- Anak Yatim Asnaf
- Anak-Anak Asnaf
- Ibu Tunggal
Rumah kebajikan yang terlibat adalah di Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu.
BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MEMBANTU?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkLmJcT54DEcvDTv27Ip1wHyQtUB6y4mKr8LOJ1Fl7ml0h9TvcDfjYy6yWHffnef4nYlqAs3yyokmvnoKH6w5XbxKpA1OpYO33EDJoEcw_8jUpptA7UI_jqrUFCcDUdGYOk6xZTsB7xq4/s400/Kempen+Taja+Shopping+Raya+2015,+Persatuan+Kebajikan+Projek+Iqra'%2BSemalaysia%2B2.jpg)
Sumber dari SINI
Anda dijemput serta dialu-alukan untuk menaja seorang anak yatim / komuniti bagi program ini, dan selain dari itu pihak Projek Iqra' akan mengumumkan nanti tentang pendaftaran untuk:
- SUKARELAWAN MEMBAWA ANAK-ANAK
- SUKARELAWAN FOTOGRAFI
- SUKARELAWAN VIDEOGRAFI
- SUKARELAWAN SEMASA PROGRAM
- SUKARELAWAN BLOGGER (UNTUK SIARAN "EVENT" INI DI BLOG ANDA
BAGAIMANA WANG TAJAAN INI AKAN DIBELANJAKAN?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmzJou9kB6hAI5awsvD2YcNYkmn9z4U4g-MNUpj1q4_ueZKpb99Vk6sGPxbNRH4OG82hSNlcTeb0AZ8OVKQmgykEUxc9Q4fw445RDZL-3HY3foZlesJ1C-ONago1-noKofFZ6r5Tw630s/s400/Kempen+Taja+Shopping+Raya+2015,+Persatuan+Kebajikan+Projek+Iqra'%2BSemalaysia%2B3.png)
Sumber dari SINI
SHOPPING RAYA 2015 KINI DIBUKA UNTUK TAJAAN!!!
Taja Shopping Raya 2015 di sini. Maklumat lengkap di www dot shoppingraya dot org**
{**masih belum boleh dilayari sepenuhnya - akan dimaklumkan dari masa ke semasa apabila laman web telah sedia}
BAGAIMANA UNTUK MENAJA SHOPPING RAYA 2015?
- Masukkan jumlah tajaan RM200.00 di ruang di atas kotak "Donate NOW"
- Klik butang "Donate NOW"
- Isi bank pilihan untuk transaksi ini dan lengkapkan maklumat anda.
- Klik "Donate NOW"
- Masukkan "Username" dan "Password Internet Banking" anda.
- Lengkapkan proses "Transfer Money" di dalam talian.
- Anda akan menerima pemakluman di dalam bentuk e-mel untuk rujukan transaksi ini.
- Anda akan dapati nama ada tersenarai sebagai "donor" di ruang bawah entri di pautan INI... atau melalui "online transfer" ke akaun:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-8vJfgPmeA0vdga5XEzqPFVYGrNOiRj09u4C3WVpuPEBS4xVKj2QT18X-IF_Oiok1XvB831XkaYDnDQUOt53y_4QA4SMMgtTkKMDkfgFhemx0MZmOmyWUCRW-QKVoPsadM7MI2ZGIlkQ/s400/Kempen+Taja+Shopping+Raya+2015,+Persatuan+Kebajikan+Projek+Iqra'%2BSemalaysia%2B4.jpg)
Nama Akaun : Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia
No. Akaun : 5648-1050-4003
E-mel : info@projekiqra.com
No. Tel : 019-217 5597 (Bendahari - Suhaimi Abdul Manan)
Nota: Sila e-melkan maklumat penaja (nama, no. telefon, alamat) berserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com
Untuk maklumat lebih lanjut:
- Laman Web Projek Iqra' : Kempen Taja Shopping Raya 2015
atau sila hubungi :
- Solleh : 017 - 670 2033
- Sharifah : 017 - 274 8904
- Khairul Anuar : 016 - 736 1067
full info... tq yanty...
ReplyDeletegreat info
ReplyDeletebersama beramal....
ReplyDelete# MQ Mencari Rakan - BlogList Mei & Jun - Owh!MananQayyim™
such a great info yanty!
ReplyDelete