Friday, January 31, 2025

Kedai Spek Mata VIRAL! - Eye Pro Vision di Sungei Wang Plaza Bukit Bintang


Kedai Spek Mata VIRAL! 
- Eye Pro Vision di Sungei Wang Plaza Bukit Bintang


Salam uolls,

Ada yang mencari spek mata baru tak tu? Kalau ada Ty nak suggest korang untuk ke sini☝️- KEDAI SPEK MATA VIRAL NO.1 MALAYSIA - EYE PRO VISION yang terletak di Sungei Wang Plaza Bukit Bintang. Bila dikaitkan dengan viral mestilah sebab murah & berbaloi kalau tidak, takkan nak kongsi info ni dengan korang semua kan?

KENAPA VIRAL?
Selain kerana harga yang ditawarkan adalah murah, ye gais dengan harga RM65/- dah boleh dapat sebuah cermin mata baru untuk diri sendiri dan tersayang. Ghitu! Menariknya kat sini spek mata korang boleh siap dalam tempoh 1 jam sahaja.


Eye Pro Vision juga menawarkan perkhidmatan memeriksa mata secara PERCUMA. Selain viral dek kerana harga murah dan servis tip-top yang memuaskan hati pelanggan, di sini hampir ada 2,000 pelbagai jenis bingkai (frame) ala Korea dan Jepun untuk korang pilih bersesuaian dan mana satu yang berjaya  menambat hati dan menjadi pilihan uolls. Yang pasti sebabkan banyak sangat jenis bingkai pasti tergoda nak rembat satu punya la.

Tak reti atau tak yakin bingkai , lens atau apa saja berkaitan spek mata korang tak perlu risau, pekerja di sini serta big boss; Mr.William sedia ada untuk membantu untuk bagi korang khidmat nasihat dan pasti menyakinkan korang dengan keputusan yang mengembirakan uolls.

SAH TERBUKTI!
Ty sendiri hampir lebih dari setengah jam dok ke hulu ke hilir mencuba dan mengayakan pelbagai jenis bingkai (frame), konon nak nampak lebih muda la, nak yang lain dari spek mata sebelum ni la macam - macam hal. Dah nama pun perempuan kan.

Kalau korang nak tahu, buka Ty je tergoda tapi suami Ty pun tergoda sampai masing-masing sibuk dalam dunia sendiri dalam kedai ni. Dari niat asal nak dapatkan spek mata baru untuk Ty, dapat satu lagi spek untuk suami juga.


Terbukti tular @ viral gais, daripada dalam dunia sendiri dok sibuk pilih bingkai (frame) mana yang berkenan , tiba-tiba kedai ini makin penuh dengan ramai orang. Walaupun ramai pelanggan, mereka tetap layan sama rata dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. 


SESI CHECK MATA 




Sebelum Mr.William proceed dengan penyiapan spek, dia akan teliti dan brief  kita as pelanggan sedalam - dalam detailsnya ssupaya apa yang dikatakan hidden charge etc akan lagi memuaskan hati pelanggan serta sebagai pelanggan ukuran harga bukan la dititikberatkan tapi keputusan setelah pemeriksaan mata itu yang lagi perlu diambil berat. Mereka yang bekerja dalam bidang ni, boleh tahu dari pemeriksaan mata sahaja apa tahap kesihatan kita contohnya darah tinggi , stress dan sebagainya yang mana mereka juga akan menasiharti para pelanggan derang untuk jumpa doktor bagi mendapatkan rawatan susulan , kiranya check -up kesihatan.


Hampir sejam lebih, akhirnya ini lah pilihan spek mata Ty dan Ty selesa menggunakannya berbanding dengan yang sebelum ini. Masuk je pejabat Ty teruja nak guna. Apa yang Mr.William brief memang semuanya benar belaka. Selesa dan jelas. Puah ati baq ang!


Bagi korang semua yang nak juga ke sini, bolehlah sangat-sangat! Insha-Allah, Ty yakin korang akan puas hati juga.

Alamat     : EYE PRO VISION
                   GROUND FLOOR G111, 
                   SUNGEI WANG PLAZA,
                   JALAN BUKIT BINTANG,
                   55100 KUALA LUMPUR.
Facebook : Eye Pro Vision
Tiktok      : eyeprovision
Instagram : eyeprovision_g111
No.Tel      : +6016-3771304


No comments:

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages