Alhamdulilah, New Me! New Environment!
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Suatu tarikh bermulanya nazar saya untuk mengubah dan berubah segalanya.
Soalan yang sering ditanya; "Kenapa mohon tukar? Bukan baru je ke di situ? Sana tak okey ke?".
Jawapan kepada soalan ini; "Tak!" (Dalam hati memang malas nak ulas apa-apa lebih panjang).
Tapi ini jawapannya;
Setelah berkhidmat hampir 4 tahun di salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya selepas 13 tahun yang lepas pula membesar; - mula merangkak, bertatih, tersungkur, tersembam, bangun dan bangkit dengan penuh suka dan duka di JPA. Sayangnya terasa 4 tahun seperti di neraka yang termundur di abad ini, yang indah tercipta di agensi ni bukanlah kenangan tetapi hanyalah pengalaman dengan pengetahuan dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia yang lebih kepada core business saya adalah lebih kepada skop kerja - Penanggungan Kerja serta Kenaikan Pangkat (tidak termasuk urusan Pemangkuan). Alhamdulillah, banyak ilmu dipelajari dan masih segar di benak pemikiran sehingga hari ini. Insya-Allah moga-moga tidaklah dilupai ilmu yang di timba di alam pekerjaan di agensi ini.
Tapi ini jawapannya;
Setelah berkhidmat hampir 4 tahun di salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya selepas 13 tahun yang lepas pula membesar; - mula merangkak, bertatih, tersungkur, tersembam, bangun dan bangkit dengan penuh suka dan duka di JPA. Sayangnya terasa 4 tahun seperti di neraka yang termundur di abad ini, yang indah tercipta di agensi ni bukanlah kenangan tetapi hanyalah pengalaman dengan pengetahuan dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia yang lebih kepada core business saya adalah lebih kepada skop kerja - Penanggungan Kerja serta Kenaikan Pangkat (tidak termasuk urusan Pemangkuan). Alhamdulillah, banyak ilmu dipelajari dan masih segar di benak pemikiran sehingga hari ini. Insya-Allah moga-moga tidaklah dilupai ilmu yang di timba di alam pekerjaan di agensi ini.
Cuma, tempoh 4 tahun bukanlah singkat bagi saya tetapi amatlah panjang meniti saban hari demi hari. Berat sungguh untuk mengorak langkah setiap pagi untuk jejak ke pejabat di agensi ini. Meluat, menyampah apa sajalah perasaan yang tidak enak yang tiada pada diri ini sejak bertugas di agensi ini. Sedih mengenang nasib dengna melihat diri sendiri yang perlu berurusan kerja dengan pegawai; bukan seorang dua belum digabungkan dengan bawahan yang terpaling menonjol, terpaling wanna-be malah tidak kurang terpaling bengap. Hairan, keberkatan mereka ini berkhidmat selama bertahun-tahun hanya lebih kepada mencari kesalahan bawahan sudah seperti satu hobi yang dijadikan satu kewajipan, sayangnya kebebalan sendiri tidak pula mereka ini sedar diri.
saja je save no, nk appear kan camni sedangkan berapa bulan pertama dah lama aku tak save pun
kind of busy body stalk TT/IG/FB/Stories guna akaun suami, kakak, even anak.
Iolls tak hide, terus tak save no/unfriend/unfollow -MUDAH
Gred M41/M9 yang sendiri berjaya menindas semua bawahannya, 2 bawahannya telah mengalami tekanan kerja sehingga keguguran - termasuklah saya. Kini barua ini pula seronok dengan bermegah bangga sedang membawa perut hasil keduanya. Ya,rezekinya. Kerana rezeki itu, satu kerja dari tahun hujung November sehingga sekarang barua ini tidak buat kerja, alasan mual dan nanti akan memangku M44/M12 dan akan keluar jadi semua bawahan kena buat. Barua ini datang kerja hanya acah-acah bukan Google Excel tenung data yang tak bergerak pun cursor dari mouse kerana matanya lebih tertumpu pada skrin henpon melayan suami seorang jurulatih tinju di sebuah negeri dalam acara tinju yang sedang live di Tiktok malah layan live untuk borong baju batik la serta membantu kakak berniaga baju - skirt. Tapi ini la punca barua ini lambat respon WA. Tapi , jika bawahan dituju soalan dek kerana berat bontot nak bangun jumpa face to face , kemain melenting tak cukup di situ siap terus memburukkan bawahan pada atasan serta rakan bawahan lain. Seumpana kita ini kerja menghadap henpon je macam dia.
PALING SEDIH! Kebajikan di agensi ini - OUT! Walaupun semua pegawai dan hingga bawahan 99.5% adalah golongan hawa.
Jelas?
Masa gugur, barua betina ni sempat WA minta maklum semula apa kerja-kerja yang pending supaya mudah urusan dia dan team kononnya untuk menguruskannya sepanjang ketidakberadaan saya ketika menjalani proses pantang yang tak sampai 2 minggu pun. Malah di tekan supaya segera menghabiskan Cuti Gantian yang ada kerana barua ini tak boleh terima dengan ayat "untunglah boleh OT,claim duit - claim cuti, tak adil untuk saya".
Malah tiada concern nya barua ini serta M48/M13 yang merasakan untuk mengecualikan saya dari bertugas di majlis APC yang perlu berdiri usherette penerima APC dan sebagainya sepanjang majlis berlangsung sedangkan saya masih lagi dalam tempoh berpantang.
Tahu tak? Gugur dan bleeding itu berpunca dari pemberian kerja mendadak dan yang sentiasa urgent diberi oleh barua ini pada jam 3 petang tapi nak sebelum balik. Tengah bleeding, saya masih teruskan kerja sehingga jam 9 malam dengan menahan sakit dan muka pucat. Boleh tak saya saman dia?
Dia pakai tudung labuh , anak cikgu, soft spoken tetapi jalan bergeser kalut terpaling kerja dan keyboard warrior terpaling maki hamun bawahan dalam group. Kerja dan arahan di terima bila bersemuka pasti tidak sama tatacara kerjanya untuk minggu depan, sentiasa berubah dan menyalahi bawahan dengan berkata arahan dia lain sebenarnya. Pendekatan aku dan bawahan sorang lagi apa-apa kami bertanya dalam WA Group, sentiasa urgent kan? Kami scroll highlight dan 3 4 bulan dia masih tak ambil tindakan pun. Kata pula tak mahu kerja redundant tapi semua berpunca dari dia yang sangat tidak sistematik tapi acah terpaling kerja yang satu haram jadah kerja tak pernah lekang dari dia mestilah semuanya "URGENT".
Paling terasa diri tu suci juga ye, tapi dia tak tahu kami semua tahu dia la paling jahat mulut. Sebab asal ada orang baru, dia burukkan orang itu orang ini siap bagi amaran jangan la baik dan berkawan lagi. Kesimpulannya, manusia yang camni tak boleh buat kawan dan dipercayai. Lagi jelas bergossip dengan M48 tak guna satu sen tu mengenai pertukaran saya, berbisik-bisik sekali kantoi dengan aku, Mat! Jelas oi dengar. M48 ni memang dasar manusia fake dan kaki menfitnah, mujur satu je memang confirm ahli neraka so tak hairan la perangai macam tu.
PS : Dia sekarang telah bertugas di KPM.
Apapun M41/M48 ni memang mimpi ngeri untuk saya bekerja sekali, syukur sangat dapat tukar dan berharap sangat tidak akan bertemu lagi sepanjang perkhidmatan dan di mana-mana lagi. Alhamdulillah saya lebih bahagia dan tenang bekerja di tempat baru. Harapnya tidaklah ada spesis sama seperti mereka ini hari demi hari.
Amin3X, Ya Rabbal Amin.
Oleh itu, Penghijrahan saya juga mudah-mudah berkekalan hingga nafas terakhir. Terima kasih semua yang mendoakan dan sentiasa memberi dorongan untuk saya. Tidak kurang pada yang memuji saya sampai hari ini. Auch! So sweet of you guys.
Amin3X, Ya Rabbal Amin.
Oleh itu, Penghijrahan saya juga mudah-mudah berkekalan hingga nafas terakhir. Terima kasih semua yang mendoakan dan sentiasa memberi dorongan untuk saya. Tidak kurang pada yang memuji saya sampai hari ini. Auch! So sweet of you guys.
No comments:
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen