Saturday, February 28, 2026

I AM A MOM OF TWIN!


I AM A MOM OF TWIN

28 JANUARI 2026 — Alhamdulillah, diri kerdil ini telah bergelar mommy kepada anak kembar (perempuan).

Sepertimana yang mengenali Ty, Ty dan suami telah mendirikan rumah tangga 3 tahun, namum pada tahun pertama kami tidak diberikan keizinan untuk mendapatkan zuriat atas sebab Ty keguguran di minggu ke-9.

Sejujurnya di usia Ty dan suami yang semakin menua bersama, memanglah terasa alangkah indahnya lagi kehidupan kami jika ada penyeri hidup. Tetapi kami berdua tidak mengambil hal ini terlalu mendalam. Bersangka baik, dengan adanya seekor kucing yang Ty bela secara tidak langsung sudah menjadi penyeri sejak sebelum berkahwin lagi. Di mana, arwah Daddy juga yang menyuruh untuk membela ia sebagai satu amanah yang Allah SWT datangkan.

Berlalunya 2024 begitu perit bila tiba masanya untuk melepaskan arwah Daddy untuk pergi ke negeri abadinya, moga bertemulah dia dengan sang isteri dan anak istimewanya di syurga, Insha-Allah. Keluarga Ty semakin kecil, lagi sunyi. Tinggallah kami 3 beradik sahaja dengan Ty yang pada tahun berkenaan telah merantau hampir 16 tahun di negeri orang bagi mencari rezeki sesuap nasi.

2025,
Siapa sangka, banyak hal yang berlaku dalam kitaran hidup Ty. Antaranya;
1. Berjaya mendapatkan permohonan pertukaran ke Kementerian lain.
2. Mulakan kehidupan baru dengan identiti yang lebih muslimah — mula berhijab.
3. Mengandung anak kembar.

Alhamdulillah, rezeki tak terduga. Mungkin ada tidak senang dengan apa yang Ty kecapi dan lalui tetapi masalah hati hitam manusia bukanlah kerja Ty untuk pedulikan. Kerana yang pasti Ty lebih mendiamkan diri dan menjaga kehidupan Ty sendiri. Makin meningkat usia, mahu jadi lebih matang Dan rasional.

Aura baik, orang boleh rasa. Tidak semua check up Ty di KK & Hospital pergi bersama suami tercinta. Di sinilah tempat mana Ty ketemu insan² mulia yang tersanjung. Lebih pedulikan keadaan Ty, mereka yang jururawat dan doctor pula lebih prihatin untuk Ty MC dan berehat. Di kala ada yang mempertikaikan ; "MC lagi?". Yang bawa perut boyot Ty, susah senang Ty sendiri tapi entahla ye kenapa ada masalah hati busuk hitam di pejabat baru ni. Menyedihkan betul kehidupan dia.


Apa-apapun, pengalaman bersalin emergency czer dek kerana tak cukup bulan — 8 bulan 4 hari sangatlah mencabar. Dan semuanya berlalu dengan pantas, tahu-tahu sedar Ty sudah pun bersalin tapi anak-anak dikategorikan 'premature' makanya terpisahlah mulai hari pertama , mereka berdua diwadkan di NICU.

Si adik discaj lebih awal berbanding si kakak. Tapi si adik tetap masih perlu refer ke KK kerana Jaundice dan berat badan tidak mencecah 2.5kg.

Jujur cakap, pantang sendiri tetapi seperti tidak berpantang kerana ;
1. Diri sendiri hari ke 5, luka CZer berdarah dan berlubang maka diwadkan semula selepas discaj hari ke-3 selama 4 hari. Serta perlu ke klinik PBBR untuk dressing follow up.
2. Pihak NICU juga sentiasa mahukan ibu hadir untuk BF anak².
3. Perlu ke KK untuk pemeriksaan lanjut bagi si adik.

Banyak juga bergerak dan terasa ngeri untuk bergerak sebenarnya cuma tiada pilihan lain. Alhamdulillah sudah sebulan, Luka CZer pun getting better dan semua yang melihatnya berkata kejadiaan semula jadi penutupan pembedahan sangat kemas dan cantik.

Syukur juga, anak-anakn serta kucing semakin sihat semuanya dan sekarang saya sudah ada keluarga kecil. Cuma sedihnya, semua ini tidak dapat Ty kongsikan dengan kedua orang tua Ty. Al-Fatihah.

Terima kasih semua yang mendoakan yang baik-baik untuk Ty, semoga Allah SWT akan angkat doa² kalian jua. Teruskan berubat baik dan mendoakan untuk diri sendiri Dan Ty juga anak-anak ye.

Amin3X Ya Rabballamin 🤗 ♥️.

No comments:

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages