70 Menu Warisan Melayu di Sajian Imbauan Desa: Gajah Tiga X Farmer

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, dua restoran terkenal Gajah Tiga dan Farmer Village buat julung kalinya bergabung dalam mempersembahkan Sajian Imbauan Desa dalam hidangan bufet berbuka puasa.

Istimewanya, lebih 70 hidangan warisan Melayu terdiri daripada masakan tradisional Melayu ala kampung yang pastinya menggamit kenangan setiap kali berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.

Cucur Udang antaranya menu ‘signature’ Gajah Tiga. Menu popular yang pastu menjadi keutamaan adalah seperti Rendang Tok, Ayam Masak Lemak Cili Api, Gulai Daging Kawah, Sate Ayam dan Daging, Tempoyak Pucuk Ubi, Kambing Golek dan banyak lagi.

Turut menyediakan menu Pembuka Selera seperti Gado-Gado, pelbagai aneka kerabu termasuk Kerabu Pegaga, Kerabu Ikan Bilis dan banyak lagi.

Menariknya hampir 20 menu aneka kuih tradisional dan pencuci mulut yang lazat seperti Pengat Pisang, Bubur Pulut Hitam, Coconut Brownies, Roti Jala, Cucur Jawa, Bingka Ubi, Talam Cendol, Aneka Rojak Buah, Aiskrim dan banyak lagi.

Pengasas Farmer Village, Dato’ Peter Ng berkata kerjasama mereka dengan Gajah Tiga itu bertujuan untuk memberikan pelbagai variasi pilihan buat pengunjung dan pelanggan restoran mereka.

Mengetengahkan konsep bertemakan Suasana Bazar Ramadan bagi menggamit memori dan kemeriahan bulan puasa.

Luas dewan dan sangat selesa
Bufet Ramadan Sajian Imbauan Desa bermula pada 23 Februari 2026. Harga bermula dari RM78/seorang hingga RM128 /seorang.
1000 pelanggan yang membuat tempahan terawal bakal menikmati harga istimewa ‘early bird’ serendah RM68 hingga RM98.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi nombor 012-725 9113 / 012-747 9113 atau di WhatsApp : https://wa.me/message/RUP34T3L32FPB1
Jumpa di ;
Farmer's Village Kajang
Lot 1959, Jalan Semenyih, Bandar Teknologi Kajang, 43000 Kajang, Selangor.

Info Farmer Village
Syarikat ini diasaskan oleh Dato’ Peter Ng, seorang pemaju hartanah yang berpengalaman. Pembangunan ini terletak di atas tanah seluas 60 ekar; di mana 10 ekar dikhaskan untuk pembangunan Farmer Village, manakala baki kawasan diperuntukkan untuk pembangunan pangsapuri dan ruang komersial. Entiti ini juga berkait rapat dengan jenama Uncle Farmer.

Instagram : https://www.instagram.com/farmervillagekajang
Info Gajah Tiga
Gajah Tiga Cafe bermula dengan visi untuk menyediakan makan tempatan yang lazat, dalam suasana yang tenang dan selesa. Bermula pada tahun 2014 di Taman Maluri, Gajah Tiga kemudian berpindah lokasi ke Hotel Maluri. Kini, Gajah Tiga menyediakan lebih daripada 100 jenis makanan dan minuman setiap hari.

Instagram : https://www.instagram.com/gajahtiga
No comments:
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen