IFTAR HARMONI DI BANGI GOLF RESORT (BGR) 2026
Salam uolls,
Ty pasti ramai pembaca yang sudah pun mencari-cari tempat untuk berbuka puasa pada tahun ni bersama keluarga tersayang, insan tercinta, sahabat handai atau mungkin bersama rakan sekerja. Persediaan awal itu tentulah untuk merebut peluang Harga Early Bird & tarikh yang bersesuaian.

Jadi Ty nak rekemen uolls semua yang masih mencari tempat untuk berbuka puasa. Jom ke Bangi Golf Resort dengan teman tahun 2026 ini adalah Iftar Harmoni mulai 20 Februari hingga 19 Mac 2026. Semestinya berkonsepkan cara hidangan bufet serta pada tahun ini BGR memperkenalkan sajian traditional daripada India Selatan.
Antara menunya;

Ayam Pallipayalam

Mutton Ghee Roast

Sayur Kurma

Sambar

Telur Polimas

Gobi Manchurian

Pencuci mulut juga ada, seperti Kesari dan Payasam.

Bufer Ramadan di BGR ini menyajikan lebih daripada 100 pilihan hidangan istimewa dengan mengekalkan menu yang sediada menu baru juga.
Menu lejen BGR yang menjadi tarikan semestinya ;


Sup Kambing Mamak
Satay Ayam
Gyoza Dumpling
Nasi Kerabu
Telur Sous Vide bersama Cendawan EspumaSelain masakan dari India dan citarasa budaya di negara ini, menu dari negara Jepun juga ada disaji kepada para tetamu.
Ramen Ayam Tradisional
Ramen Dumpling UdangKedua-dua menu ini dimasak menggunakan stok udang Jepun istimewa yang direneh dengan penuh ketelitian.
Tidak dilupakan juga menu pelengkap iaitu pencuci mulut, pelbagai jenis kuih-muih tradisional ada. Antaranya ;

Pulut Putih bersama Serawa Durian
dan lain-lain lagi.
Stesen secara live pun ada seperti pemanis mulut ;

Churros

Bertih Jagung
Banyaklah pilihannya, tak tertulis semua nya. Dan yang pasti tiada keraguan dari segi pengiktirafan status HALAL. Pihak BGR sudah semestinya akan memberikan dan menjaminkan dari segi kualiti dan keselamatan makanan dengan pensijilan HALAL JAKIM (sejak 2009) dan pensijilan HACCP (sejak 2021) serta juga pada tahun ini, BGR telah melangkah setapak ke hadapan dengan memperoleh pensijilan FSSC 22000 sekaligus memperkukuhkan agi komitmen terhadap piawaian kebersihan dan keselamatan makanan bertaraf antarabangsa yang lebih tinggi.


Tak cukup dengan itu, BGR juga turut meyediakan sehingga 800 petak parkir percuma yang luas serta kemudahan surau - jadi nak terawih pun amat dialukan. Keselesaan par tetamu menjadi priority bagi pihak BGR.
Jadi bagi yang sedang mencari Bufet Ramadan yang berbaloi dan kos rendah, bolehlah ke Bangi Golf Resort (BGR). Jika tempahan secara berkumpulan, uolls boleh menikmati kadar istimewa. Tempahan perlulah di buat secara atas talian di laman web rasmi BGR ; https://bangigolfresort.com/ramadan-buffet-2026/ dan untuk makluman, harga bagi mereka yang Walk-In adalah berbeza dari harga dari laman web rasmi. Semua harga tertakluk kepada SST 6%.
No comments:
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen